BMM 3117


2.0  HUBUNGAN TEORI HURAIAN DAN TEORI PEMEROLEHAN BAHASA      DENGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA.

2.1   TEORI-TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Pembelajaran bahasa di sekolah mencakupi beberapa kemahiran asas, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.  Sehubungan dengan ini, kewujudan teori huraian dan teori pemerolehan bahasa perlu diberi perhatian kerana ianya mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa di dalam kelas.

Seseorang guru bahasa perlu mengetahui beberapa teori-teori yang memberi pengkhususan kepada pemerolehan bahasa yang dikemukakan oleh Teori Behaviourisme, Teori Mentalis, Teori Kognitif dan Teori Fungsionalis.  Seseorang guru bahasa mestilah memahami teori bahasa dan teori pemerolehan dengan mendalam supaya dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.  Pendapat-pendapat ahli psikologi yang terdiri daripada Skinner, Pavlov, Jean Piaget, Thorndike dalam teori –teori bahasa dapat membantu guru menggunakan pelbagai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai dalam mengajar bahasa.

2.1.1 TEORI BEHAVIOURISME
Teori pemerolehan bahasa yang dipelopori oleh Bloomfield dalam Teori Behaviourisme menganggap bahawa bahasa diperoleh melalui proses pengulangan melalui rangsangan dan gerak balas.  Menurut Bloomfield, pengukuhan perlu untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.  Murid-murid perlu diberi ganjaran agar murid-murid terus berkeinginan untuk belajar.  Berlandaskan kepada teori pemerolehan ini, teori ini menegaskan latihan dan latih tubi sangat penting dan berkesan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran bahasa.  Ini bermakna guru- guru perlu menyusun pelajaran dengan baik melalui latihan secara berulang-ulang.  Sebagai contoh, apabila guru mengajar kemahiran menyebut suku kata terbuka dan tertutup, guru akan meminta murid-murid menyebut dan mengeja suku kata tersebut secara berulang-ulang.  Proses pengulangan yang banyak seperti yang ditegaskan oleh Bloomfield boleh menghasilkan murid-murid yang dapat menguasai kemahiran berinteraksi dengan guru,rakan dan kelas.

Menurut Bloomfield dalam Teori Behaviourisme, latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan.  Pembelajaran hanya berlaku apabila murid menerima rangsangan dari luar.  Ini bermakna, dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru perlulah menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik seperti penggunaan bahan-bahan makmal bahasa, kad-kad bacaan yang menarik.  Bahan bantu mengajar yang menarik dapat menarik minat murid untuk belajar dan tidak bosan dan ini membolehkan latih tubi dilakukan dalam keadaan bermakna.

             2.1.2TEORI MENTALIS
Teori Pembelajaran Mentalis yang dipelopori oleh Noam Chomsky berasaskan fungsi mental sesorang manusia.  Menurut Chomsky , kanak-kanak akan mengalami beberapa peringkat perkembangan bermula dari  peringkat yang melibatkan deria motor, kemudian pra-operasi, operasi konkrit dan operasi formal.  Ini bermakna, dalam pembelajaran bahasa, kanak-kanak akan menguasai kemahiran memahami dahulu sebelum mereka bertutur.

Teori ini juga menekankan kaedah pengajaran berpusatkan murid.  Murid terlibat secara langsung dan guru hanya sebagai pemudahcara.  Murid mengambil bahagian secara aktif dalam pembelajaran dengan penggunaan bahan-bahan bantu mengajar.  Teori Mentalis ini amat sesuai digunakan oleh guru untuk mengajar bahasa.  Menurut Chomsky juga, penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa dalam sesuatu huraian bahasa.  Seseorang kanak-kanak yang menggunakan struktur bahasa yang  betul dari segi  tatabahasa dan makna membolehkan mereka berkomunikasi dengan baik dengan masyarakat sekeliling.  Dengan ini , guru perlu menjalankan aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan berkesan bagi membolehkan murid-murid menguasai struktur bahasa yang terdapat dalam sistem bahasa dengan baik.

Menurut Chomsky juga, kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif dan tan tatabahasa disamapikan secara formal dalam pengajaran dan pembelajaran.  Ini bermakna, seseorang guru perlu memulakan sesuatu pengajaran tatabahasa dengan memberi terus rumus-rumus dan konsep tatabahasa kemudian diikuti dengan contoh-contoh.

Teori pemerolehan bahasa yang membicarakan tentang bagaimana bahasa diperolehi ialah Teori Interaksionalisme.  Teori ini menyatakan bahawa pembelajaran bahasa adalah sebagai alat interaksi  di mana melibatkan mental dan linguistik.  Makna dan struktur bahasa adalah penting untuk membolehkan murid-murid berkomunikasi.  Berlandaskan teori ini, guru bukan sahaja mengajar struktur bahasa tetapi mengajar cara untuk murid berinteraksi.  Guru perlulah bijak memilih teknik yang sesuai seperti lakonan, simulasi, bercerita dan sebagainya untuk melatih murid menguasai bahasa dalam berinteraksi dengan rakan, guru dan masyarakat.

2.1.3 TEORI KOGNITIF
Menurut Jean Piaget pula, ia menekankan fungsi otak dalam proses pembelajaran bahasa.  Seseorang kanak-kanak sejak lahir lagi mempunyai satu alat di dalam otak yang membolehkan mereka memahami bahasa yang didengar.  Jean Piaget meletakkan empat faktoruntuk membezakan penguasaan bahasa kanak-kanak.

Peringkat pertama dipanggil peringkat deria motor( sejak lahir – 2 tahun).  Pada peringkat ini seseorang kanak-kanak itu hanya mampu menguasai bahasa melalui bunyi-bunyi di persekitaran.  Ia menggunakan deria motor untuk berinteraksi.

Peringkat kedua ialah peringkat pra-operasi ( 2 – 7 tahun ). Pada peringkat ini murid-murid menguasai bahasa dan konsep dengan cepat dan menggunakan bahasa untuk berinteraksi dengan persekitaran.  Sebagai guru sudah menjadi keperluan dan tuntutan untuk menggalakkan murid-murid mengambil bahagian dalam aktiviti lisaniaitu mendengar dan bertutur.  Guru-guru mestilah bijak memilih aktiviti lisan dan teknik yang menjurus kepada kemahiran menggunakan bahasa untuk berinteraksi.  Aktiviti lisan membolehkan murid-murid bertutur dengan fasih di samping memperkayakan kosa kata.

Peringkat olahan konkrit ( 7 -12 tahun ) merujuk kepada penggunaan pemikiran logik, warna dan memahami konsep pembalikan.  Murid-murid juga sudah boleh bertutur dengan fasih.  Oleh itu, guru perlulah mengajar kemahiran bahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis.  Guru juga mestilah bijak memilih kaedah pengajaran yang menjurus kepada kemahiran mendengar,bertutur,membaca dan menulis.

Menurut Raja Mukhtaruddin ( 1980 ) kaedah yang sesuai dipilih untuk peringkat olahan konkrit ialah kaedah terus yang mana kaedah ini menggunakan kosa kata dan struktur bahasa sehari-hari, makna-makna konkrit diajar secara perkaitan idea dan perbanyakkan latihan mendengar dan mengajuk.

Menurut Juriah Long ( 1984 ) pada peringkat olahan konkrit ini, kaedah terus membolehkan murid-murid menguasai keempat-empat kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

2.1.4 TEORI INTERAKSIONALISME
Teori Interaksionalisme menekankan pembelajaran bahasa adalah sebagai alat komunikasi dan satu proses melibatkan mental dan linguistik.  Menurut Halliday, pemerolehan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa.  Dalam pembelajaran bahasa, teori ini menghendaki guru memberikan banyak latihan kepada murid kerana pembelajaran bahasa bukan hanya mempelajari struktur tetapi  yang penting ialah mempelajari makna untuk belajar berinteraksi.  Guru-guru perlu memberi tumpuan kepada aktiviti yang bermakna dan dengan ini murid boleh menggunakan bahasa dengan fasih dan lancar.

2.2   TEORI-TEORI HURAIAN BAHASA
Teori huraian bahasa berhubung kait dengan unsur-unsur bahasa yang hendak diajarkan boleh dihuraikan melalui penyampaian pengajaran.   Sebelum sesuatu unsur-unsur bahasa diajar, guru perlulah menentukan bahan pengajaran dan prosedur mengajar .  Bahan pengajaran merupakan elemen penting bagi membolehkan seseorang murid menguasai bahasa yang diajar.  Justeru, guru-guru perlu peka dan arif tentang sifat-sifat bahasa dan bagaimana bahasa itu berfungsi seperti dihuraikan oleh teori-teori  huraian bahasa iaitu Teori Tradisional ( Panini ), Teori Struktural (Bloomfield), Teori Transformasi Generatif( Noam Chomsky ) dan Teori Fungsional ( Halliday ).

2.2.1 TEORI TRADISIONAL ( Panini )
Berdasarkan Teori Tradisional yang dikaji oleh Panini, huraian tatabahasa dibuat berdasarkan logika.  Menurut Plato ( 429 -327 sm ), beliau membahagikan golongan kata kepada dua bahagian iaitu kata nama dan kata kerja ( perbuatan ).  Teori Tradisional menggunakan pendekatan deduktif dalam pengajaran bahasa.  Pendekatan deduktif mengutamakan penguasaan peraturan bahasa dahulu sebelum mebelum memberi contoh-contoh.  Ini bermakna,  guru-guru menerangkan konsep tentang unsur tatabahasa kemudian memberikan contoh-contoh tatabahasa yang diajar pada hari itu.  Sebagai contoh, guru hendak mengajar  kata nama am.  Mula-mula guru akan menerangkan kata nama am kemudian diikuti dengan contoh kata nama am.  Seterusnya, murid diminta memberikan contoh kata nama am bagi memastikan murid memahami konsep kata nama am .  Setelah murid memahami  kata nama am, guru akan memberi latihan pengukuhan agar murid dapat menguasai kata nama am dengan baik.

2.2.2 TEORI STRUKTURAL ( Bloomfield )
Teori Struktural yang dipelopori oleh Bloomfield membuat kajian tentang fonem dan morfem.  Mengikut  Bloomfield, ciri-ciri bahasa bersifat pertuturan, bersistem, arbitrari dan sebagai alat untuk berhubung.  Teori Struktural juga mengatakan bahawa ayat akan dipecahkan kepada unit-unit yang lebih kecil iaitu perkataan, frasa, klausa, subjek dan predikat.

Bersandarkan kepada Teori Struktural ini, guru disarankan menggunakan pendekatan induktif dalam pengajaran bahasa.  Pendekatan induktif ini mengutamakan contoh-contoh dahulu daripada hukum-hukum bahasa.  Guru memberikan contoh ayat penyata dan meminta murid mengenal pasti jenis ayat.  Apabila murid dapat mengenal pasti jenis ayat, guru akan menerapkan konsep ayat itu sebagai contoh ayat penyata.

Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, ciri-ciri bahasa dikaji melalui analisis struktural.  Ini bermakna sesuatu pola ayat diperincikan sehingga yang paling kecil tatabahasanya.  Guru melaksanakan analisis bahasa secara struktural dengan meminta murid membina ayat penyata untuk dipecahkan bahagian-bahagian yang paling kecil.  Kemudian, murid dibimbing untuk mencerakinkan jenis golongan kata dalam ayat yang dibina.

Contoh :  Kakak saya sangat rajin. 
a)     Kakak saya ialah subjek
b)     Sangat rajin ialah predikat
c)     Kakak ialah kata nama am
d)     Kakak saya ialah Frasa Nama ( FN )
e)     Sangat rajin ialah Frasa Adjektif ( FA )
f)      Rajin ialah adjektif.

2.2.3 TEORI TRANSFORMASI GENERATIF ( Noam Chomsky )
Teori Huraian Bahasa yang sangat berkesan dam pengajaran tatabahasa ialah Teori Transformasi Generatif.  Ianya dikatakan sangat berkesan kerana teori ini melihat bahasa itu mempunyai ciri yang unik.  Bahasa yang unik itu merujuk kepada wujudnya ragam ayat dalam Bahasa Melayu iaitu ayat aktif dan ayat pasif.

Contoh ayat aktif ialah Ali membaca buku cerita.

Contoh ayat pasif ialah Buku cerita itu dibaca oleh Ali

Berdasarkan kepada teori huraian bahasa ini, seorang guru bahasa perlu mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam menukarkan ayat aktif dan ayat pasif dan sebaliknya.  Guru mestilah tahu melaksanakan strategi semasa mengajar ayat –ayat tunggal  dan ditukarkan kepada ayat pasif.  Teknik latih tubi sangat penting untuk membolehkan murid menguasai kemahiran menukar ayat aktif kepada ayat pasif dan sebaliknya.

2.2.4 TEORI FUNGSIONAL ( Halliday )
Berdasarkan Teori Fungsional pula, pengajaran dan pembelajaran bahasa menekankan fungsi sosial sesuatu bahasa.  Menurut Halliday, fungsi sosial bahasa memainkan peranan penting dalam pembentukan sistem bahasa.  Oleh yang demikian, fungsi sesuatu bahasa dapat diajar oleh guru dengan memberikan situasi kepada murid.  Berdasarkan situasi tersebut, murid dikehendaki membuat ayat .  Melalui aktiviti ini, murid-murid telah diberi peluang untuk melatih bertutur dan mereka akan bertutur mengikut fungsi bahasa tersebut.  Sebagai contoh, berdasarkan gambar situasi A dan B , senaraikan perkataan yang sesuai.  Kemudian murid dikehendaki membina ayat tunggal yang memberi penerangan  kepada situasi yang diberi dengan menggunakan perkataan tersebut.

Berdasarkan huraian di atas, maka dapat kita simpulkan bahawa Teori Huraian Bahasa yang dipelopori oleh ahli linguistik teotoris mempunyai hubungan yang rapat dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa di dalam kelas.  Apa yang penting ialah guru-guru perlu menguasai sepenuhnya kemahiran tatabahasa dan bijak menyusun strategi pelaksanaan agar pembelajaran menjadi berkesan dan bermakna.

Guru juga perlu menguasai kemahiran menerang konsep sesuatu unsur bahasa yang diajar agar murid-murid dapat memahami sistem bahasa tersebut.  Guru juga perlu menguasai dan tahu cara melaksanakan kaedah pengajaran deduktif dan induktif secara cekap.  Ini penting untuk menjana kefahaman murid terhadap sesuatu bahasa yang diajar.





No comments:

Post a Comment