AKTIVITI BAHASA

Sunday, 25 September 2011
PENILAIAN AKTIVITI BAHASA - INTERAKSI MINGGU 10
• Forum
• Debat
• Pidato
• Pantun
• Sajak
• Ceramah
• Syarahan


A) AKTIVITI SYARAHAN

1. Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai :
(a) Kata alu-aluan/pendahuluan
(b) Kata-kata penghadapan
(c) Isi
(d) Penutup
2. Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu 
disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.
3. Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta
contoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi 
sampingan. 
4. Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan
untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan
5. Yang berikut merupakan langkah-langkah yang boleh diikuti untuk
menghasilkan sesuatu syarahan.

Peringkat
Langkah/Kemahiran
Persediaan
• Memahami tajuk dan kehendak soalan.
• Mengumpulkan idea / isi-isi penting
tentang tajuk syarahan
• Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan

Penulisan
• Menulis perenggan pendahuluan
• Mengembangkan isi-isi secara
Tersusun
• Menyatakan kesimpulan/penegasan
dalam perenggan penutup
Penyemakan
• Menyemak ejaan dan tanda baca
• Menyemak tatabahasa
• Menyemak jumlah perkataan


B) PANTUN
· Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi lisan yang bersifat peribumi.
· Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, dalam bentuk kias ibarat, usik mengusik,uji menguji di kalangan masyarakat. 
· Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.
· Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud “umpama” dan “ibarat”
· Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan.
· Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang.
· Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.

1. CIRI-CIRI PANTUN
· Bentuk yang unik iaitu sifatnya yang profan
· Bahasa bebas dari pantang larang
· Mudah dicipta dan lebih akrab dengan masyarakat bawahan.
· Unsur-unsur persekitaran menjadi ilham


C) SAJAK
· Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas bentuknya daripada puisi tradisional seperti pantun dan syair.
· Rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas.
· Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.
· Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak.
· Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.

D) CERAMAH
· Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar. 
· Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton.
· Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan.

1. JENIS-JENIS CERAMAH
· Ceramah agama
· Ceramah pendidikan
· Ceramah kesihatan
· Ceramah kesedaran dan sebagainya

E) FORUM
§ Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk, di mana ia dijalankan secara formal.
§ Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai di mana pelajar berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara lansung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran yang jelas, objektif, kreatif dan rasional.
§ Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti.
§ Dalam sesi forum, soalan daripada penonoton boleh diajukan kepada panel untuk mendapat ulasan selanjutnya.

F) DEBAT
ü Debat ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea berterusan.
ü Terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masing-masing sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk perdebatan dan pihak kedua sebaliknya. 
ü Huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta serta contoh daripada maklumat yang kukuh dan bernas.
ü Setiap pihak haruslah yakin dan sentiasa menegakkan fakta yang diutarakan berdasarkan tajuk yang diberikan.
ü Sekiranya pihak pencadang sedang memberi hujah dan didapati hujah tersebut menggugat fakta atau fakta yang diberikan tidak dianggap tidak sesuai maka pihak pembangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta yang telah diutarakan. 
ü Setelah selesai setiap daripada ahli dalam kumpulan membentangkan hujah mereka, maka sesi pengulasan dibuat untuk mendapatkan kesimpulan fakta daripada ahli-ahli yang sudah mengutarakan hujah mereka.
ü Masa yang diberikan untuk sesi perdebatan ditetapkan. Markah tidak diambil kira sekiranya terdapat lebihan masa digunakan.


G) PIDATO
v Mengandungi huraian isi-isi enting yang melibatkan fakta-fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.
v Interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujah di depan pemidato.
v Berpidato bukanlah bermaksud membaca sebaliknya menerangkan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.
v Ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana ada fakta beserta contoh yang diberikan.
Anda mungkin juga meminati:

Kata Ganti Nama Diri sumber:fun crayon



Kata Ganti Nama Diri Orang terbahagi kepada 3:
  • Kata Ganti Diri Pertama - Menggantikan diri orang yang bercakap (penutur). Contoh: aku, beta, hamba, saya, patik, kami, kita
  • Kata Ganti Diri Kedua - Menggantikan diri orang yang diajak bercakap/lawan cakap (pendengar). Contoh: anda, kamu, awak, kalian, engkau, saudara, saudari, tuanku
  • Kata Ganti Diri Ketiga Menggantikan diri orang lain yang dibualkan (yang dituturkan). Contoh: dia, mereka, baginda, beliau


Contoh Kesalahan dalam Penggunaan Kata Ganti Nama Diri
1. "Kalian-kalian perlulah berlatih dengan lebih gigih,"pesan jurulatih pasukan itu kepada anak-anak buahnya. (Kalian)Penjelasan: Kata ganti diri yang membawa maksud jamak tidak perlu digandakan.
2. Kami hendaklah memahami kelima-lima prinsip Rukunegara. (Kita)Penjelasan: Penggunaan 'kita' lebih tepat kerana 'kami' hanya melibatkan penutur dan tidak pendengar.
3. Ketua pengedar dadah itu telah ditangkap oleh pihak polis. Beliau akan dihadapkan ke mahkamah pada minggu hadapan. (Dia)Penjelasan: Kata ganti nama 'beliau' hanya digunakan untuk orang yang berjawatan dan dihormati. Tidak sesuai digunakan untuk merujuk kepada kanak-kanak, penjenayah atau orang yang rendah moral dan akhlaknya.4. Anjing itu menyalak kerana ia kelaparan. (anjing itu)Penjelasan: Kata ganti nama diri tidak boleh digunakan untuk binatang, benda dan tempat.
5. Sekiranya gagal menyerahkan borang kebenaran penjaga selewat-lewatnya pada hari Jumaat, ianya tidak akan dapat menyertai lawatan itu.(ia)Penjelasan: Kata ganti nama 'ia' dan 'nya' tidak boleh digabungkan menjadi 'ianya'.
Ayat Tunggal
  • Ayat tunggal ialah ayat terbentuk daripada satu klausa, yakni ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
  • Ayat dasar juga adalah ayat tunggal, tetapi bukan semua ayat tunggal dapat dianggap sebagai ayat dasar.
  • Ayat dasar merupakan ayat tunggal jenis ayat penyata dalam ragam ayat aktif.
  • Ayat-ayat berikut ialah contoh ayat-ayat tunggal (subjek ditebalkan. Selainnya ialah predikat).




Ibu negara kita Kuala Lumpur
Gunung KInabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara
Di dalam almari tali leher ayah
Nama encik siapa?
Berapakah keuntungan kita hari ini?
  • Telah dinyatakan bahawa ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
  • Subjek ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.
  • Begitu juga dengan predikat ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.


Ayat Tunggal
  • Ayat tunggal ialah ayat terbentuk daripada satu klausa, yakni ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
  • Ayat dasar juga adalah ayat tunggal, tetapi bukan semua ayat tunggal dapat dianggap sebagai ayat dasar.
  • Ayat dasar merupakan ayat tunggal jenis ayat penyata dalam ragam ayat aktif.
  • Ayat-ayat berikut ialah contoh ayat-ayat tunggal (subjek ditebalkan. Selainnya ialah predikat).





Ibu negara kita Kuala Lumpur
Gunung KInabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara
Di dalam almari tali leher ayah
Nama encik siapa?
Berapakah keuntungan kita hari ini?
  • Telah dinyatakan bahawa ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
  • Subjek ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.
  • Begitu juga dengan predikat ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.

  Apa maksud Ayat Penyata

Ayat Penyata
Untuk menyatakan sesuatu atau memberi keterangan.

contoh:
1.  Mereka berkumpul di padang sekolah.

2.  Orang Inggeris itu fasih berbahasa Melayu

3. Bangunan sekolah sudah tua.

4.  Pemuda itu membawa ibunya ke klinik.


No comments:

Post a Comment