Wednesday, 24 August 2011
MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN
BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
- MENCARI,
MENGUMPUL, MENYESUAIKAN DAN MENGGUNAKAN ANIMASI DARIPADA INTERNET
- MEMANIPULASI
ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN
Animasi / Grafik
Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek.
Animasi boleh dalam bentuk dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai
kesan khas. Walaupun apa jua bentuk animasi yang digunakan, ia mampu
menghasilkan kelainan dalam program yang didokongnya kerana sememangnya jiwa
manusia sukakan sesuatu yang dinamik dan bukannya static.
Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan
hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya bersifat
statik. Ia membolehkan sesuatu yang sukar untuk diterangkan dengan menggunakan
perkataan atau imej- imej statik untuk diisampaikan dengan lebih mudah dan
berkesan.
Penggunaan animasi boleh menceriakan proses penyampaian, disamping mampu
memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian
penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.
Format penghasilan animasi yang biasa digunakan ialah gif animated dan swf,
AutoDesk 3D Studio dan Animator (.FLI, .FLC) dan Macromedia Director (.DIR).
Format fail animasi tambahan adalah seperti format fail Quick Time (mov) atau
Video for Windows (avi).
Animasi Gel
- Diperkenalkan
oleh Disney di mana menggunakan beberapa siri daripada grafik berlainan
pada setiap kerangka frame
- Satu
minit animasi akan memainkan 1,440 kerangka
- Cel
berasal daripada kertas celluloid yang digunakan untuk lukisan pada setiap
kerangka tetapi sekarang telah digantikan dengan plastik
Animasi Komputer
- Mengamalkan
konsep yang sama seperti animasi cel : manggunakan layer, keyframe,
tweening
- Menggunakan
nilai piksel RGB, mengenalpasti bucu-bucu sesuatu objek dan bercampuran
warna supaya dapat menghasilkan transparencies, inversion dan effek.
Power point
- Perisian
Power Points atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutama
dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat
komersial,pembentangan kertas kerja dalam seminar atau persidangan, kuliah
atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik
darjah.
- Pada
masa ini, power points bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat
persembahan pasif atau satu hala malahan mempunyai kelebihan untuk
menjadikan persembahan lebih interaktif. Dengan lain perkataan power point
boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina
bahan Instruksi Berbantu Komputer (IBK) yang berkesan.
- Mempunyai ciri media seperti animasi, visual, audio dan grafik yang
dapat menarik minat penonton secara sepontan.
- Boleh digunakan sebagai alat persembahan atau alat bantuan instruksi.
- Boleh digunakan untuk kumpulan yang besar seperti kuliah, kumpulan
kecil seperti kumpulan perbincangan atau individu.
- Boleh kurang, pinda, tambah atau bina slaid baru semasa persembahan
dijalankan.
- Boleh menyediakan nota penyampai atau speaker note dibahagian bawah
slaid yang diedit. Ini akan membantu penyampai untuk menjelaskan lagi isi
utama.
MENGGUNAKAN ANIMASI PERKATAAN DAN OBJEK POWER POINT
MENCARI, MENGUMPUL, MENYESUAIKAN DAN MENGGUNAKAN ANIMASI DARIPADA INTERNET
::masa-itu-emas::
Followers
Blog Archive
- ▼ 2011 (27)
About Me
No comments:
Post a Comment