Sunday 23 September 2012

Teks Ucapan Hari Sukan


TEKS UCAPAN PENGACARA HARI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SKKB

 

RASHADAH

 

MELATI KUNTUM TUMBUH MELATA,

SAYANG MERBAH DI POHON CEMARA,

ASSALAMUALAIKUM MULANYA KATA,

SAYA SEMBAH PEMBUKA BICARA.

 

KAMAL

Sayang kumbang mencari makan,

Terbang seiring di tepi kali,

Selamat datang kami ucapkan,

Moga diiring restu Ilahi.

 

RASHADAH

Yang berusaha ,Puan Rozinar binti Abdul Hamid,guru besar SKKB, Yang dihormati, Puan Maimunah bt Darus, Yang Dipertua PIBG, Haji Faduli bin Khamis, Timbalan YDP PIBG, Yang dihormati, guru-guru Penolong Kanan, guru-guru, AJK PIBG, pegawai-pegawai Kejohanan, tuan-tuan, puan-puan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekelian.

 

“ SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SKKB KALI KE 18 2012”

Terlebih dahulu ,marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke Hadrat Ilahi kerana atas limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama sekali lagi pada hari yang gilang-gemilang ini untuk menjayakan kejohanan Balapan dan Padang SKKB kali ke 18.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian  tuan-tuan dan puan-puan  untuk hadir memeriahkan lagi kejohanan ini. Sesungguhnya kehadiran semua membuktikan sokongan dan semangat yang jitu untuk menjulang dan memartabatkan SKKB ke tahap yang tinggi dalam bidang sukan.

 

KAMAL

Hadirin yang dihormati,

Tema Kejohanan pada kali ini ialah “ SKKB Terus Gemilang”

Sekarang, Upacara Pembukaan Rasmi Kejohanan Balapan dan Padang akan dimulakan dengan perarakan masuk kontinjen-kontinjen Rumah Sukan.Untuk itu, saya dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Mohd Yusuf bin Haji Yaakob selaku Timbalan Pengerusi Kejohanan Olahraga untuk menjemput dan mempersilakan Puan Maimunah bt Darus untuk menerima tabik hormat daripada Kontinjen-kontinjen Rumah Sukan. Dipersilakan.

 

 

 

 

 

RASHADAH

Pohon kasturi pohon cemara,

 

Tahun lepas kamilah juara,

Takkan berganjak walaupun perit.

 

Perbarisan masuk kontinjen rumah sukan dimulakan dengan empat orang pembawa bendera.Dimulakan dengan  RumahKuning atau Speed– Kuning diraja bersemangat waja.Rumah kuning diketuai oleh Cikgu Abdul Halim bin Omar.

Untuk makluman para hadirin, Rumah Kuning atau Speed merupakan rumah yang menjadi johan dalam kejohanan Balapan dan Padang tahun 2011.Mereka memperolehi 263 mata dengan 16 pingat emas, 7 pingat perak dan 5 gangsa.

 

KAMAL

Warnamu megah merah membara,

Semangat juangmu menyala-nyala.

Misi kami jadilah juara,

Moga hasrat menjadi nyata.

 

Diikuti oleh Rumah Merah atau Power. Merah membara pasti juara. Rumah merah diketuai oleh Cikgu Noorissyaa bt Rezdwan dengan kekuatan 33peserta.

SHADAH

Pohon tebu di hujung laman,

Sirih junjung di atas tepak,

Biru tetap membelah awan,

Terus berombak pantang berganjak.

 

Seterusnya, Rumah Biru/Strong, biru berombak pantang berganjak, diketuai oleh Encik  Mohd Syawalfitri bin Aziz.

 

KAMAL

Warnamu hijau  tak jemu dipandang,

Sentiasa menjadi penyeri taman,

Semangat juang tak pernah hilang,

Berpantang kalah sebelum berlawan.

Kontinjen terakhir ialah Rumah Hijau (   Energy). Hijau segar sentiasa mekar. Rumah Hijau diketuai oleh Cikgu Ku Mohd Naim bin Ku Abu Hassan.

 

SHADAH

Hadirin yang dihormati,

Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis mempersilakan Ustaz Hamizan bin Long untuk membacakan doa. Dipersilakan.

 

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.  Moga kejohanan sukan dan olahraga kali ke 18 ini diberkati oleh Allah S.W.T

 

Untuk acara seterusnya, majlis meminta semua hadirin berdiri bagi menghormati Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Kedah.

§  Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

 

KAMAL

Tuan-tuan-Puan-puan yang dihormati,

Majlis diteruskan lagi dengan bacaac ikrar kejohanan. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan  adik Mohd Fitri bin Elais membacakan ikrar kejohanan Balapan dan Padang SKKB kali ke 18.

·       Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

 

SHADAH

Hadirin yang dihormati, Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 18 diteruskan lagi.  Dengan itu majlis dengan segala hormatnya menjemput Puan Rozinar Bt Abdul Hamid untuk menyampaikan ucapan . Dipersilakan.

·       Majlis merakamkan ucapan terima kasih

 

 

 

 

Daun semulur di pekan sehari,

Batang jerami rebah ke bumi,

Madah dihulur sembah diberi,

Kata perasmi hajatnya kami.

Seterusnya majlis dengan segala hormat dan sukucitanya menjemput Puan Maimunah bt Darus untuk menyampaikan ucapan  seterusnya merasmikan         Kejohanan Balapan dan Padang SKKB kali ke 18.

·       Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

 

v Muzik

KAMAL

Seterusnya, kontinjen Rumah Sukan akan berarak keluar dari arena balapan.

 

Sirih puan terselit di jari,

Ingin ku cecah kapur di gagang,

Kesudian puan hadir ke mari,

Temasya yang indah tambah gemilang.

 

Setinggi –tinggi terima kasih diucapkan kepada Puan Maimunah bt Darus kerana menyempurnakan upacara perasmian itu sebentar tadi.

Sebagai tanda terimakasih dan ingatan berpanjangan, dijemput Puan Rozinar bt Abdul Hamid untuk menyampaikan cenderamata kepada Puan Maimunah .Dipersilakan.

·       Majlis  merakamkan ucapan terima kasih.

 

SHADAH

Sekarang tibalah  masa ke acara kejohanan Balapan dan PadangSKKB kali ke 18.Acara pertama yang akan berlangsung ialah acara_________________________.( rujuk buku acara)

v Diminta semua pegawai kejohanan dan peserta bersedia .

 

 

 

v Buat pengumuman dari semasa ke semasa keputusan yang diterima.

 

 

KAMAL

Hadirin yang dihormati sekelian,

Alhamdulillah Kejohanan Balapan dan Padang kita sudah sampai ke penghujungnya.Kini tibalah masanya untuk upacara penutup dan penyampaian hadiah. Semua kontinjen-kontinjen rumah sukan akan berarak masuk ke arena balapan.

v Muzik

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Berikut adalah majlis penyampaian hadiah.  Majlis dengan segala hormatnya menjemput__________________________ untuk menyampaikan hadiah-hadiah.

Bagi acara___________________( ikut keputusan acara di dalam buku )

v Jemput penyampai hadiah ikut giliran.

 

 

v JANGAN LUPA UMUM:

v Keputusan Perbarisan

·       Johan Rumah sukan:­­­­­­­­­­­­­­­­­___________________

·       Naib johan:____________________

·       Tempat ketiga :­­­­­­­­­­­­­­­­­­­_____________________

·       Tempat Keempat:___________________

 

KAMAL

Dari Kedah ke Inderagiri,

Beli suasa di Kota Tinggi,

Selesai sudah tugas kami,

Di lain masa berjumpa lagi.

 

SHADAH

Bunga seroja di atas para,

Jatuh ditimpa buah berangan,

Andai kata tersilap bicara,

Kemaafan jua kami pohonkan.

 

Dengan ini berakhirlah kejohanan Balapan dan Padang SKKB kali ke 18 pada tahun ini. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam menjayakan kejohanan kali ini.

Saya Hjh Rashadah dan rakan setugas Encik Kamal Husni memohon seribu kemaafan seandainya terdapat tuturkata dan tingkahlaku yang menyinggung perasaan semasa menjalankan tugas. Sampai jumpa lagi dan salam hormat dari kami semua.

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh..

v Pengumuman

*   Cuti

*   Kutip sampah

 

 

v JANGAN LUPA UMUM PENYUMBANG HADIAH DAN PINGAT BAGI ACARA YANG DITANDAKAN OLEH LINDA.

No comments:

Post a Comment