BMM 3103



Tajuk:  PENILAIAN BAHASA
1.0  Pengenalan

     Pendidikan bukanlah semata-mata ‘mengajar’ tetapi pendidikan adalah usaha untuk membantu para pelajar menolong dirinya.  Guru juga perlu tahu sejauhmanakah proses pengajaran dan pembelajarannya berkesan dan dapat mencapai objektif.  Dalam konteks murid pula, mereka juga perlu tahu tahap keupayaan dan pencapaian dalam bilik darjah.  Justeru, dalam hal ini, penilaian amat penting dalam memberikan maklumat tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dan memberikan peluang kepada murid untuk mengetahui tahap keupayaannya seterusnya merancang aktiviti susulan.
1.1  Pengertian Penilaian
          Penilaian merujuk kepada proses mengumpul, menganalisis dan   menginterpretasi maklumat untuk menentukan setakat mana objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.  Dalam ertikata lain , penilaian merujuk kepada proses mentafsir atau memberi nilai yang bercorak kualitatif tentang sesuatu kemahiran bahasa berdasarkan jumlah markat pencapaian hasil daripada pengukuran yang telah dilakukan secara kuantitatif.
 1.2  Matlamat Penilaian Bahasa
      - Mencerminkan matlamat sukatan
      - Berupaya menggunakan BM baku secara berkesan dalam pelbagai  konteks
        tujuan dan khalayak.
-       Mencerminkan keupayaan murid berfikir secara kreatif dan kritis.
-       Berupaya memperoleh dan menyampaikan maklumat idea dan perasaan.
1.3  Tujuan Penilaian
           Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan.  Penilaian dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa untuk tujuan penambahbaikan pendidikan.  Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, penilaian dijalankan bagi mengetahui sama ada guru ‘mengajar’ dan murid ‘belajar’.  Penilaian mempunyai tujuan tertentu dan ianya dapat dilihat dalam konteks guru dan murid.
Berikut rajah yang memperincikan tujuan penilaian untuk guru dan murid.
Mendapatkan maklum balas – keberkesanan p&p, kesesuaian kaedah dan teknik pengajaran, peransang untuk murid dan ibu bapa
Alat mencari punca kelemahan – guru akan buat perancangan aktiviti dan bahan yang sesuai dengan keperluan murid.
Sebagai penggerak – beri perhatian dan sentiasa mengulangkaji untuk peperiksaan.



 






.
Tujuan Penilaian Bahasa
Pembelajaran lampau – cungkil pengetahuan sedia ada murid dan guru boleh rancang aktiviti dan isi pelajaran. .sesuai dengan keperluan murid.
Penilaian – sama ada konsep yang disampaikan difahami murid dan menilai objektif pelajaran tercapai atau tidak.
Membuat klasifikasi – Membolehkan guru membahagikan murid mengikut kumpulan kecerdasan.
Pensijilan – murid menerima sijil bergantung pada pencapaian gred-gred dalam peperiksaan.
Membuat ramalan – kecenderungan dan kebolehan murid. Contoh ujian prognostik membolehkan guru merancang kaedah, bahan dan alat bantu mengajar.
 










                           



Rajah 1.1.1 : Tujuan Penilaian Bahasa


1.4  Kepentingan Penilaian dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
        Melalui penilaian murid akan tahu sama ada mereka berjaya atau gagal dalam pelajaran yang diuji.  Murid akan resah dan sedih sekiranya mereka gagal dan sebaliknya.  Tinggi atau rendahnya peratus yang didapati dalam ujian memberi isyarat kepada guru supaya membuat penambahbaikkan dalam cara pengajarannya.
Berikut adalah rajah yang menunjukkan kepentingan penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran.
Membantu guru mengetahui tahap penguasaan murid terhadap isi pelajaran.
Membanding tingkat pencapaian murid dalam sesuatu bidang dengan bidang lain.
Membantu guru merancang p&p seterusnya berdasarkan keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas.
Membanding pencapaian murid dengan rakan
Kepentingan Penilaian dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
 


















Rajah 1.1.2: Kepentingan dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
1.5  JENIS-JENIS PENILAIAN BAHASA
           Terdapat enam jenis ujian dalam penilaian bahasa.  Ujian-ujian tersebut terdiri daripada ujian formatif, ujian sumatif, ujian kefasihan, ujian kemajuan, ujian bakat dan ujian pencapaian.  Untuk diperincikan dalam tugasan ini, hanya empat ujian sahaja yang akan dipilih iaitu ujian formatif, ujian sumatif, ujian pencapaian dan ujian kemajuan.
i) Ujian Formatif
    Merujuk kepada penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.  Ujian formatif ini digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh murid dalam unit-unit pelajaran yang diajar.  Ianya dijalankan bagi memastikan murid telah menguasai setiap unit pelajaran sebelum mereka diperkenalkan tajuk seterusnya.  Penilaian ini diguna pakai oleh guru untuk tujuan diagnosis.  Dalam erti kata lain, ujian formatif ini merupakan bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji kemahiran dan unit-unit pelajaran yang diajar.  Hasil daripada ujian ini, guru akan membuat penambahbaikan dalam mutu proses pengajarannya.  Ujian ini dijalankan secara pemerhatian, soak jawab dan siri ujian atau latihan pendek.  Melalui ujian ini, kelemahan murid dapat dikesan serta-merta.  Berikut adalah prosedur-prosedur yang perlu diberi perhatian bagi memastikan keberkesanan penilaian formatif.
Rancang tindakan susulan
Rajah ini menunjukkan prosedur-prosedur yang perlu diikuti oleh guru.
Menentukan aspek dan tahap penguasaan
Membina item ujian
Hubungkait elemen-elemen dalam tajuk
Menentukan tajuk pengajaran
 







Rajah 1.1.3: Prosedur Pelaksanaan Ujian Formatif
ii) Ujian Sumatif
        Ujian sumatif ialah alat ujian yang dibina dan ditadbir oleh guru untuk menguji pencapaian murid dalam beberapa kemahiran bahasa yang telah diajar dalam jangka masa yang panjang iaitu akhir penggal atau akhir tahun.  Bertujuan untuk menilai pencapaian akhir murid dan dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum. Ujian ini merangkumi skop pengajaran dan pembelajaran yang luas berbanding ujian formatif.  Tujuan ujian ini adalah untuk memberikan gred kepada murid dan boleh dijadikan perbandingan pencapaian di kalangan murid yang lain.  Contoh penilaian sumatif ialah peperiksaan akhir tahun, peperiksaan percubaan, UPSR dan PMR.  Semasa menggubal ujian sumatif, terdapat beberapa langkah yang perlu diberi penekanan dan perhatian.
Berikut adalah rajah yang menunjukan langkah-langkah tersebut

1.Membentuk Jadual Penentu Ujian (JPU)
2. Membina item ujian
3. Mengumpul soalan secara sistematik dan teratur
4. Menguji soalan melalui kajian rintis
5. Menyiapkan skema pemarkahan
6. Pemilihan isi kandungan
Pelaksanaan Penilaian Sumatif
 













Rajah 1.1.4 : Pelaksanaan Penilaian Sumatif


1.6  PERBEZAAN ANTARA PENILAIAN FORMATIF DAN PENILAIAN SUMATIF

Rajah di bawah mebunjukkan perbezaan yang jelas tentang ujian formatif dan sumatif.
Perkara
Penilaian Formatif
Penilaian Sumatif
Konsep

Boleh dibuat secara formal/tidak formal bertujuan mengesan penguasaan/kelemahan murid bagi setiap tajuk pengajaran.
Dijalankan secara formal bagi menentukan pencapaian murid di akhir pengajaran seperti hujung penggal/ akhir tahun.
Waktu/masa
Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Pada akhir unit/penggal/akhir tahun persekolahan.
Penekanan
Kognitif, psikomotor dan afektif
Kognitif

Sifat
Skop pengajaran yang terhad di mana terhad kepada tugasan.
Skop pengajaran yang luas dan beraneka jenis.
Aras Kesukaran
Fleksibel iaitu sentiasa berubah mengikut zon keperluan murid.
Meliputi aras senang kepada sukar.
Kaedah
Tidak formal : pemerhatian, soal jawab, latihan. Ditadbir secara individu/kumpulan.
Secara formal : Ujian pensel-kertas dan ditadbir secara berkumpulan.
Tujuan
Selepas tahap kemajuan/penguasaan murid ditentukan, satu tindakan susulan diambil segera untuk mengatasinya.
Selepas pencapaian murid ditentukan bagi tempoh persekolahan tertentu, murid akan menerima gred.
Tindakan susulan selepas penilaian
Kelemahan murid diatasi dengan mengulang semula topik atau mengadakan aktiviti pemulihan dan menjalankan aktiviti pengayaan bagi murid yang telah menguasai/tiada masalah.
Murid ditempatkan mengikut tahap pencapaian.  Mereka diberi pengiktirafan seperti sijil, hadiah. Ada penambahbaikan sistem kurikulum.

Rajah 1.1.5 : Perbezaan antara Penilaian Formatif dan Sumatif



iii) Ujian Pencapaian
        Merupakan ujian yang digubal oleh guru bagi mengukur sejauhmana sesuatu kumpulan murid atau individu telah menguasai sesuatu topik yang telah dipelajari yang meliputi aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi.  Ujian pencapaian ini bleh ditadbir dalam dua bentuk iaitu dalam bentuk perbandingan dengan murid lain dalam sesuatu bilik darjah ( rujukan norma ) atau membuat rujukan tertentu bagi sesuatu aras dalam topik ( rujukan kriteria ) sesebuah kurikulum.  Pembinaan ujian ini serta penskoran adalah berteraskan ujian rujukan norma. 
        Ujian pencapaian dibuat oleh guru dan pada peringkat institusi dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Majlis Peperiksaan Malaysia.  Penggubalan ujian pada perngkat perseorangan dikenali segai ujian di bilik darjah manakala bagi pencapaian di peringkat pusat dikenali sebagai Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR ), Penilaian Menengah Rendah (PMR ), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM ), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM ) dan banyak lagi.
         Menurut Anastasi(1982) ujian pencapaian adalah direka untuk mengukur kesan yang standard yang berkaitan dengan kurikulum pendidikan yang spesifik.  Menurut Nowak(1986) ujian pencapaian merupakan satu alat yang digunakan untuk mengukur pencapaian individu dalam mata pelajaran tertentu. 
Tujuan Ujian Pencapaian
·         Mengukur aspek pencapaian akademik , aptitud, siasah, minat,sikap dan sebagainya.
·         Mengukur kebolehan, pengetahuan serta kemahiran murid dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
·         Merancang strategi intervensi sistem pendidikan melalui kemahiran 3M
·         Untuk memilih laluan latihan dan kerjaya yang lebih baik.
·         Melihat perkembangan murid dri semasa ke semasa.

       

Contoh-contoh Ujian Pencapaian
Ø  Di Malaysia terdapat ujian pencapaian mengikut subjek di peringkat kebangsaan seperti UPSR, PMR, SPM, STPM, STA, STAM.
Ø  Dua lagi ujian pencapaian selain di atas ialah The Iowa Test Of Basic Skills(ITBS) dan Metropolitan Achievement Test(MAT).  The Iowa Test Of Basic Skills adalah sejenis ujian pencapaian untuk menguji tahap (multilevel).  Ianya sejajar dengan ujian kognitif  dan bertujuan untuk mengukur kepentingan kemahiran pendidikan asas untuk fungsi yang berkesan dalam kehidupan.  Antaranya ialah menguji tahap membaca, bahasa, matematik dan kemahiran menggunakan alat bantu mengajar.
iv)  Ujian Kemajuan
         Ujian kemajuan dijalankan untuk menguji pencapaian dan kebolehan setiap murid dalam keadaan sebenar di bilik darjah.  Ujian ini juga yang menentukan kemajuan murid dari semasa ke semasa di sepanjang mereka melalui proses pembelajaran.  Ujian ini dikenali juga sebagai pentaksiran autentik.
          Ujian kemajuan digunakan di dalam bilik darjah dan dinilai oleh guru kelas sahaja.  Ianya dinilai berasaskan kepada objektif pengajaran, program pembelajaran yang telah diikuti oleh murid dan pengetahuan yang akan diuji.
Tujuan Ujian Kemajuan dilaksanakan.
v  Mengukur dan menilai setakat mana murid-murid telah menguasai bahan atau perkara-perkara yang diajar berkaitan sesuatu tajuk.
v  Mengukur tahap kemajuan seseorang murid dalam pelbagai kebolehan dan kemahiran.
v  Mengetahui dan menentukan sejauh mana murid tahu dan berupaya melihat potensi diri.
v  Menguji pencapaian dan kebolehan setiap murid.
Contoh-contoh Ujian Kemajuan.
·         Pencapaian berasaskan persampelan pemikiran – menjawab soalan, menyelesaikan masalah, menulis dan menjalankan sesuatu aktiviti.
·         Melalui persembahan dan pameran – murid menunjukkan kebolehan istimewa seperti kebolehan visual, persembahan, kemahiran atau lisan.
·         Melalui. portfolio – berdasarkan koleksi tugasan sebenar, hasil lukisan, ujian dan kuiz.

Rumusan
      Guru merupakan penggerak utama dalam menyediakan dan mentadbir ujian yang baik dan berkesan.  Ini adalah kerana guru lebih arif tentang bidang yang telah diajar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.  Ujian yang dilaksanakan dapat memberikan kesan pembelajaran untuk jangka masa pendek mahu pun jangka masa panjang.  Berdasarkan ujian yang telah dilakukan, guru boleh mengetahui tahap pencapaian dan penguasaan murid tentang sesuatu topik yang diajar.  Dengan ini guru boleh mengambil tindakan susulan seperti program pemulihan bagi murid yang lemah dan aktiviti pengayaan bagi yang telah mebguasai.  Sementara ujian yang dijalankan pada akhir sesuatu penggal akan memberikan maklumat berkenaan pencapaian murid.  Dengan ini guru boleh membuat perbandingan dengan menggredkan murid-murid mengikut pencapaian yang diperolehi sama ada kumpulan lemah atau cemerlang.













JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU )
2.0  Pengenalan

       Sebagai seorang guru, pengetahuan yang luas sangat penting untuk menggubal sesuatu kertas ujian agar tidak tersasar daripada landasan yang telah ditetapkan dalam jadual spesikasi ujian.  Penggubalan kertas soalan perlulah mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Sebelum sesuatu ujian ditadbir, beberapa pertimbangan perlu dibuat agar ianya menepati sukatan pelajaran dan soalan yang releven dengan sukatan.
       Penggubalan kertas ujian perlu melalui beberapa proses termasuk penyedian JSU, pembinaan item ujian, membuat ujian rintis, pemurnian item dan akhir sekali ialah penilaian oleh pakar setiap mata pelajaran.  Kesemua proses ini boleh membantu untuk memastikan kualiti item ujian dari segi kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya pengukuran yang adil (Hale, 1980 ).
2.1  Definisi Jadual Spesifikasi Ujian (JSU )
·         Jadual yang mengandungi senarai tajuk-tajuk dan objektif pengajaran dalam bentuk aras kemahiran yang akan diuji
·         Merupakan “ Test Blue Print”
·         Rancangan persediaan item secara terancang, rapi dan teratur.
·         Merupakan matrik yang terdiri daripada 2 paksi iaitu Paksi Konteks (menegak)  dan Paksi Konstruk( mengufuk)
·         Mengandungi aras kemahiran mengikut taksonomi pendidikan.
·         Menunjukkan pemberatan(peratus) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan tempoh masa mengajar dan kepentingan sesuatu pengajaran.
·         Bilangan item mengikut bentuk atau kandungan aras sesuatu kemahiran.




2.2  Fungsi Jadual Spesifikasi Ujian
v  Menjamin ujian dibina secara tersusun dan berobjektif.
v  Sebagai panduan untuk membentuk soalan secara terancang.
v  Memastikan terdapatnya keseimbangan dan kesesuaian di antara tajuk-tajuk (konteks ) dengan aras kemahiran ( konstruk )
v  Menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa.
v  Membolehkan ujian yang sama boleh dibina oleh guru-guru lain.
v  Menjamin kualiti kertas ujian
v  Menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
v  Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu tajuk.
    2.3  Langkah-langkah Pembinaan JSU
-       Terdapat empat langkah dalam membina sesebuah JSU iaitu;
·         Mengkaji sukatan pelajaran
·         Menganalisis objektif pengajaran
·         Menentukan jenis soalan
·         Menentukan bilangan soalan.
1. Mengkaji sukatan pelajaran
           Langkah-langkah tersebut dijelaskan dalam rajah 2.1.1


4.Menentukan bilangan soalan
Langkah Pembinaan JSU
2.Menganalisis objektif pengajaran
3.Menentukan jenis soalan
 










Rajah 2.1.1: Langkah Pembinaan JSU 

i) Mengkaji sukatan pelajaran
    - Sukatan perlu dikaji untuk mendapat maklumat yang merangkumi seluruh kurikulum yang dibina.  Antara aspek-aspek yang dikaji ialah:
§  Skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk.
§  Pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk
§  Kepentingan bandingan antara satu topik dengan topik-topik yang lain.
§  Kompleksiti sesuatu tajuk.
§  Masa pengajaran yang diperuntukan bagi sesuatu tajuk.
ii) Menganalisis Objektif Pengajaran
     -Objektif pengajaran perlu dianalisis bagi menentukan tahap pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji
iii) Menentukan jenis item
     -Untuk menentukan jenis item, penggubal perlu menentukan domain objektif   pengajaran yang terdiri daripada kognitif, psikomotor, afektif dan sosial.
     -Jenis item termasuklah;
*      Item objektif
*      Struktur
*      Esei
iv) Menentukan bilangan soalan
     -Jumlah soalan mesti mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran
     -Jumlah soalan penting kerana ia mempengaruhi kesahan dan kebolehpercayaan
       sesuatu ujian.
     - Mengambil kira jangka masa ujian, jenis item, kesukaran soalan, panjang soalan
        kemampuan bahasa murid.


Contoh aras kemahiran item mengikut Taksonomi Bloom iaitu Domain Kognitif.
Analisis
Penilaian
Sintesis
Aplikasi
Kefahaman
Pengetahuan
                                                                                                           
                                            Aras sukar                                                         Aras sukar










   Aras mudah                                                                                              Aras Mudah


Rajah 2.1.2 : Aras Kemahiran Taksonomi Bloom









  Pembinaan Item Ujian Objektif

3.0  Pengenalan
       Ujian objektif memerlukan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon.  Sesuatu ujian itu dikatakan ujian objektif kerana pemeriksa yang berlainan akan memberi markah yang sama apabila memeriksa kertas yang sama.  Ujian objektif dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa-pemeriksa berlainan memperoleh skor yang sama ketika memeriksa tindak balas yang serupa ( Gronland,1977 ).  Terdapat dua bentuk soalan objektif iaitu item respon bebas dan item respon tetap.  Item respon tetap terdiri daripada item betul-salah, item padanan, item aneka pilihan.

3.1  Kelebihan Item ujian objektif
*      Mudah disemak/diperiksa
*      Mempunyai ciri kebolehpercayaan( semasa pelaksanaan)
*      Dapat menguji banyak topik
*      Mempunyai nilai potensi diagnostik
*      Mengukur keupayaan mental yang tinggi
3.2  Kelemahan Item ujian objektif
*      Murid tidak dapat mengeluarkan idea sebab ada pilihan jawapan.
*      Potensi untuk meneka jawapan adalah tinggi.
*      Sukar untuk dibina.
*      Murid/calon yang bijak tidak perlu belajar lebih.
*      Tidak dapat ukur keaslian.
*      Tidak dapat mengetahui tahap penguasaan murid dengan tepat.





1.    Item Respon Bebas
-       Menghendaki murid meneliti soalan dan menulis jawapan pada ruang yang disediakan.  Lazimnya jawapan kepada soalan ditulis di dalam kotak atau di hujung soalan.
-       Terbahagi kepada dua jenis iaitu:
v  Jenis soalan
Contoh:  a) Imbuhan apakah yang terdapat dalam perkataan          
                   kesakitan?     ( ke----an )
                                                b)  Apakah lawan bagi perkataan cetek?  ( tohor )
v  Item melengkapkan pernyataan
Contoh:  a)  Sarah __________ dengan adiknya.  ( bergaduh)

2.    Item Respon Tetap
-       Memerlukan murid membuat pilihan jawapan yang betul atau paling tepat. 
-       Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan.
-       Item-item itu ialah format betul-salah, padanan dan aneka pilihan.

v  Item betul-salah
Contoh: a)  Nyatakan sama ada pernyataan berikut betul atau
                   Salah.
Ø  Simpulan bahasa kaki botol bermaksud orang yang berjalan tanpa kasut.       B/S
                                               b)  Nyatakan ya atau tidak pada pernyataan berikut.
Ø  Nama tempat tergolong dalam kata nama khas.        Ya/Tidak  



        
v  Item Padanan
§  Mengandungi dua ruangan yang mengandungi perkataan atau frasa.
§  Ruangan A dipanggil pokok soalan dan ruangan B dipanggil jawapan ( respon )
§  Pelajar perlu memilih jawapan dengan memadankan benda/perkara yang erkaitan dengan perkara di ruang A.
                                Contoh:
Ruangan A
Kata bilangan
Ruangan B
Contoh
1.Kata bilangan tentu
A.Separuh bahagian hartanya akan diserahkan kepada rumah kebajikan
2.Kata bilangan Himpunan
B.Rahim mempunyai dua ekor lembu.

3.Kata bilangan Pecahan
C.Peserta kursus itu mengeluarkan buku nota masing-masing apabila penceramah masuk ke dewan.
4.Kata bilangan pisahan
D.Ketiga-tiga murid perempuan tahun satu diarahkan ke klinik berdekatan kerana muntah-muntah.









v  Item aneka pilihan
§  Merupakan ujian objektif yang paling digemari oleh penggubal soalan.
§  Terdiri daripada golongan item jawapan tetap kerana tindakbalas terhad.

Rajah ini menunjukkan prinsip penyediaan item beraneka pilihan
Pembinaan Item Beraneka Pilihan
Arahan mesti jelas
Jawapan yang mudah dipilih murid perlu dikurangkan
Aras kesukaran perlu sama
Jawapan harus munasabah
Perkataan sepunya tidak diulang-ulang
Sistem susunan jawapan pilihan. Contoh mengikut abjad
Jawapan pilihan sama panjang
Soalan dan jawapan ditulis secara padat
Taburan jawapan secara rawak
 


















               Rajah 3.1.1 : Sembilan prinsip penyediaan item aneka  pilihan







a)    Item aneka pilihan berbentuk soalan.
Contoh :
1)    Di antara ayat-ayat berikut yang manakah ayat tanya?
A.   Jangan bising.
B.   Tolong senyap
C.   Mengapakah Ali ketawa terbahak-bahak?
D.   Sila duduk sekarang.

b)     Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap
Contoh :
1)    Ayat yang tergolong dalam ayat selapis ialah
A.   Jika dia malas dia gagal.
B.   Mereka memancing di sungai.
C.   Pemandu bas yang sakit itu telah meninggal.
D.   Sungguh memalukan jika mereka kalah dalam perlawanan itu.
c)    Mengisi tempat kosong.
Contoh
1)    Ibu sedang _____________kain di ampaian
A.   membasuh
B.   melipat
C.   menjemur
D.   menjahit
d)   Jenis jawapan terbaik
Contoh
1)    Maksud yang tepat bagi kering-kontang
A.   Tandus
B.   Cetek
C.   Kemarau
D.   Kering




e)    Jenis Anologi
Contoh
Arahan: Tiap-tiap pasangan perkataan di bawah diikuti empat pasang perkataan.
Pilih pasangan yang mempunyai perkaitan dengan pasangan awal.
Hitam : putih
A.   Kain : merah
B.   Merah : tua
C.   Merah : jambu
D.   Merah : hijau

f)     Jenis Antonim
Contoh
Arahan : Tiap-tiap soalan dimulakan dengan perkataan berhuruf besar dan diikuti oleh lima perkataan.
Pilih perkataan yang berlawanan dengan perkataan berhuruf besar.

SEDIH
i.Gembira
ii.Riang
iii.Seronok
iv.ketawa
A.   I dan II
B.   I dan III
C.   II dan IV
D.   III dan IV





g)   Jenis Negatif
·         Pokok soalan sering menggunakan perkataan kecuali, bukan, tidak, dan lain-lain.
Contoh
1)Semua kata nama di bawah merupakan kata nama am kecuali
A. arnab
B. almari
C.Sang Belang
D. rama-rama
                    h)  Item Jenis Cantuman
                         Contoh( a) : Cantuman jenis sesuai /tidak sesuai
1)    Pilih ayat atau ayat-ayat yang menggunakan kata yang berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda memilih jawapan yang paling sesuai.
i.Budak lelaki itu menyokong dan memapah ibunya yang hampir pitam  
   agar tidak rebah.
ii.Ibu bapa menyokong langkah-langkah pihak sekolah membeteras
    gejala ketagihan rokok di kalangan murid-murid sekolah.
iii.Setiap bulan Harislah yang menyokong perbelanjaan sekolah adik-
    adiknya.
iv.Semua murid diminta hadir ke sekolah untuk menyokong
    pasukan hoki sekolah yang bertanding esok
A.   I dan II
B.   II danIV
C.   I, II dan IV sahaja
D.   I, II, III dan IV.


                       Contoh(b): Jenis cantuman aneka pelengkap yang mempunyai urutan.
1)    Di bawah ialah senarai rujukan hormat tetamu yang hadir dalam satu majlis.
Susun senarai di bawah mengikut urutan keutamaan.
I. Yang berusaha
II.Yang Amat Berhormat
III.Yang Berhormat
iv.Yang Berbahagia

A.   I, II, III dan IV
B.   II, III, IV dan I
C.   III, II, I dan IV
D.   IV, III, II dan I
      Teknik Kloz
§  Untuk menguji kafahaman bacaan
§  Mudah untuk dijalankan
§  Murid perlu membaca keratan bacaan secara keseluruhan
§  Murid mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan.
Contoh:
Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai berdasarkan senarai
Hujan turun tidak berhenti-henti di Kampung Saga sejak semalam.  Kampung Saga telah________________banjir dan ________________air sedalam lima meter.  Semua ______________dinasihatkan _____________ke balai raya yang terdekat.  Pelbagai pihak tampil________________bantuan kepada mangsa-mansa banjir.  Bantuan yang dihulurkan termasuklah_______________dan minuman serta ______________.  Setelah hujan mulai _______dan air mulai __________, mereka pun __________ ke rumah masing-masing.
                      







                 Jawapan
menghulurkan           reda                pulang             dinaiki               
penduduk               makanan                      berpindah            
dilanda                pakaian               surut
 





                  

Rumusan

       Kesimpulannya, setelah membincangkan pembinaan item ujian objektif secara terperinci, kita boleh garapkan dan nyatakan bahawa bukanlah mudah untuk seorang penggubal soalan menggubal soalan.  Soalan yang dimaksudkan ialah item jenis objektif .  Hal ini dinyatakan demikian kerana sebelum menggubal sesuatu item ujian objektif, guru perlulah melihat dan meneliti secara terperinci jenis-jenis item objektif terlebih dahulu.  Item jenis objektif terdiri daripada pelbagai bentuk soalan seperti aneka pilihan, betul-salah, padanan dan mengisi tempat kosong.
       Pembinaan item ini penting agar ianya tidak tersasar daripada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan bagi setiap bentuk soalan tersebut.  Penggubal soalan perlu membuat penelitian dan pertimbangan agar ujian yang dihasilkan dapat mengukur kandungan dan peringkat objektif pengajaran yang diingini dengan adil dan saksama.






PENERANGAN ITEM ANEKA PILIHAN DAN KAITAN DENGAN JSU.

No comments:

Post a Comment